Makluman
  1. [ MAJLIS RESTU ILMU UPKK 2026 ]
  2. [ UASA & PAT 2026 ]
  3. [ PDP INTERAKTIF SUBJEK JAWI & BAHASA ARAB ]
  4. [ ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA ]
  5. [ KEMPEN ANTI BULI ]
  6. [ MODUL MINI TAHFIZ AL FALAH ]
  7. [ UJIAN KESEDIAAN TAHUN 1 SESI 2027 ]
  8. AKTIVITI MINGGU PSRA - PROGRAM PANITIA AKADEMIK
  9. [ PROGRAM PANITIA DINIYYAH 2026 ]
  10. AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM
  11. HARI USAHAWAN CILIK SRIIB 2026
  12. KELAS TAMBAHAN UPKK & PSRA
  13. MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69
  14. [ MAJLIS ASPIRASI KECEMERLANGAN ]
  15. [ KELAS TAMBAHAN UPKK & PSRA ]
  16. [ AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN ]
  17. [ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 ]
  18. BENGKEL UPKK 2026
  19. SUMBANGAN FASILITI
  20. [ KARNIVAL SUKAN TAHUNAN SRIIB 2026 ]
  21. [ PEMILIHAN ACARA BALAPAN & SUKAN PADANG KARNIVAL SUKAN ]
  22. [ PERTEMUAN IBU BAPA & GURU SESI 1/2026 ]
  23. 🏐✨ [ KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ] ✨🏐
  24. KALAM JAMAIE
  25. BENGKEL PSRA 2026
  26. [ IKATAN KAIN ANDUH ]
  27. [ UJIAN SEGAK @ SRIIB ]
  28. [ SESI PDP INTERAKTIF ]
  29. PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2026
  30. KEM KEPIMPINAN SRIIB 2026
  31. PROGRAM LATIHAN DALAM SRIIB
  32. LAWATAN KOLABORASI ILMU
  33. [ MAJLIS PELANCARAN NILAM 2026 ]
  34. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SRIIB 2026
  35. [ IFTAR & TARAWIH SRIIB 2026 ]
  36. SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN 1447H!!
  37. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2026
  38. SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS
  39. [ MINGGU TRANSISI TAHUN 1 SRIIB 2026 ]
  40. HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2026
  41. [ MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & ANUGERAH KECEMERLANGAN SRIIB 2025/2026 ]
  42. MAJLIS PELUNCURAN MODUL MINI TAHFIZ AL FALAH
  43. [ MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025 ]
  44. [ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HAYYA BIL ARABIYYAH 2025 ]
  45. [ FORUM MAAL HIJRAH ]
  46. PROGRAM GOTONG-ROYONG SRIIB 2025
  47. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2025
  48. SELAMAT HARI GURU 2025
  49. JOM FOLLOW TIKTOK SRII BANGIKU !
Image Banner

[ MAJLIS RESTU ILMU UPKK 2026 ]

 
Menjelang Peperiksaan UPKK 2026, Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB) telah melaksanakan Program Restu Ilmu UPKK 2026 sebagai satu usaha untuk memberikan suntikan semangat, kekuatan rohani serta memohon keberkatan ilmu buat calon-calon UPKK.
Program yang berlangsung pada 30 Oktober 2026 bermula jam 7.45 pagi hingga 9.30 pagi ini melibatkan semua murid dan guru SRIIB, dengan pengisian bacaan Mathurat, Yaasin, Kahfi dan doa khas buat calon UPKK.
Selamat menduduki Peperiksaan UPKK 2026 buat semua calon Tahun 5 Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB). Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah!
=================================
πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 dan juga murid baru Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: πŸ‘‰ www.wasap.my/601156930240



 
LAGI

[ UASA & PAT 2026 ]

 
Suasana sepanjang pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) memperlihatkan komitmen serta kesungguhan para murid dalam menghadapi penilaian akademik bagi sesi persekolahan ini.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah serta semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan ini.
Semoga segala usaha, persediaan dan kesungguhan yang dicurahkan oleh para murid membuahkan hasil yang membanggakan serta mencapai kecemerlangan yang diharapkan🫑
LAGI

[ PDP INTERAKTIF SUBJEK JAWI & BAHASA ARAB ]

 
Bagi meningkatkan minat murid terhadap Bahasa Arab dan tulisan Jawi, pihak sekolah terus memperkasa pembelajaran melalui pendekatan PdP yang santai, interaktif dan menyeronokkan.
Menerusi Program Hayya Bil ‘Arabiyyah yang dikendalikan oleh Ustaz Syed Abul Abbas, murid diberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab melalui aktiviti yang menarik. Pendekatan ini membantu meningkatkan keyakinan murid untuk bertutur serta memperkaya perbendaharaan kata Bahasa Arab.
Dalam masa yang sama, murid Tahun 5 Umar turut mengikuti PdP Interaktif Jawi bersama Ustazah Fadhilah dengan mempelajari topik Akronim dan Singkatan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu murid memahami konsep serta penggunaannya dalam tulisan Jawi dengan lebih mudah dan berkesan.
Pendekatan pembelajaran seperti ini bukan sahaja menjadikan suasana PdP lebih aktif dan menyeronokkan, malah memberi ruang kepada murid untuk terlibat secara langsung, membina keyakinan diri serta menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih baik.
LAGI

[ ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA ]

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang menerima Anugerah Murid Cemerlang dan Anugerah Murid Komited Gerak Gempur 1 bagi subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Anugerah Murid Cemerlang UPKK diberikan kepada 6 orang murid yang berjaya memperoleh peratus cemerlang (A) dalam Penilaian Gerak Gempur 1.
Manakala, Anugerah Murid Komited UPKK diberikan kepada murid yang menunjukkan peningkatan gred yang ketara berbanding pencapaian sebelumnya dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA).
Semoga penghargaan ini menjadi motivasi kepada semua murid untuk terus berusaha dan meningkatkan pencapaian dalam persediaan menghadapi UPKK.
===========================
πŸ“’JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍️Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 dan juga murid baru Sesi 2027!!
πŸ—ƒοΈKemasukan adalah TERHAD!!

berita penuh
LAGI

[ KEMPEN ANTI BULI ]

 
Melalui Kempen Anti Buli yang telah dijalankan, pihak sekolah telah mengadakan satu sesi ceramah dengan kerjasama pihak Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Antara isi ceramah yang ditekankan adalah pesanan berkaitan agar murid-murid menjadi insan yang berani berkata TIDAK kepada buli dan berani bersuara apabila melihat perbuatan buli berlaku.
Bersama-sama kita wujudkan sekolah yang penuh dengan kasih sayang, hormat-menghormati dan sikap prihatin.
=================================

berita penuh
πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 dan juga murid baru Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: πŸ‘‰ www.wasap.my/601156930240


LAGI

[ MODUL MINI TAHFIZ AL FALAH ]



Tahniah buat murid-murid Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB) yang terus menunjukkan kesungguhan dalam menguasai hafazan melalui Modul Mini Tahfiz Al-Falah.

Salah satu kaedah yang diterapkan ialah Tahriri, iaitu latihan menulis ayat-ayat Al-Quran berdasarkan hafazan yang telah dipelajari. Melalui kaedah Tahriri, murid bukan sahaja menghafaz, malah dilatih untuk:

πŸ”Ή Mengingati susunan ayat dengan lebih tepat
πŸ”Ή Memperkukuh hafazan melalui penulisan
πŸ”Ή Meningkatkan ketelitian dan daya ingatan
πŸ”Ή Mengasah kemahiran menulis ayat Al-Quran dengan betul
πŸ”Ή Membina keyakinan dalam penguasaan hafazan

Tahniah dan semoga terus istiqamah dalam hafazan dan mempraktikannya dalam kehidupan seharianπŸ₯‡

#ModulMiniTahfizAlFalah
#SekolahRendahIslamIntegrasiBangiku

berita penuh

LAGI

[ UJIAN KESEDIAAN TAHUN 1 SESI 2027 ]

 
Pada 25 September 2026, pihak Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB) telah mengadakan Ujian Saringan dan Kesediaan Tahun 1 bagi Sesi 2027.
Program ini dilaksanakan bagi menilai tahap awal kesediaan, perkembangan dan potensi bakal murid Tahun 1 melalui beberapa komponen penilaian yang merangkumi ujian bertulis, pemerhatian serta ujian lisan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah hadir, memberikan komitmen serta menunjukkan usaha terbaik sepanjang sesi penilaian.
Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal yang positif buat ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak melangkah ke sekolah rendah 🀲
LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan